Tugasan 4

Minggu 4


   Internet merupakan pustaka maya yang sangat besar, tiada had dan titik penghujungnya. Guru mesti bijak menggunakan kemudahan ini untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Empat jenis bahan yang boleh digunakan terdiri daripada bahan audio, video, teks dan grafik. Sila sediakan bahan-bahan yang sesuai untuk pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran Tahun 4 serta topik yang sudah diagihkan. Tugasan merupakan persediaan untuk membuat rancangan pengajaran menggunakan tapak pembelajaran pada minggu hadapan.


GRAFIK






Gambar 1:  KONSEP 1 MALAYSIA yang mengalakkan perpaduan kaum.





Gambar 2: Malaysia terdiri daripada berbilang kaum.





Gambar 3: Kaum Cina, India dan Melayu bersatu padu menjalankan gotong royong.




Gambar 4: Pelbagai kaum di Malaysia bersama-sama bergotong-royong di taman.







TEKS

PERPADUAN
Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.

Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.

Asabiyyah merujuk kepada perpaduan sosial dengan penekanan kepada kesatuan, kesedaran kumpulan, dan kepaduan sosial,pada asalnya di dalam konteks "kepuakan" dan "kesukuan", tetapi kadangkala digunakan untuk nasionalisme moden, menyerupai sistem komunalisme. Istilah Ibn Khaldun secara amnya sama dengan perpaduan.

Ibn Khaldun dengan secara efektif menyatakan bahawa setiap dinasti memiliki benih-benih kejatuhannya. Beliau menerangkan bahawa keluraga yang memerintah lazimnya muncul dari pinggir empayar dan menggunakan kepaduan yang terdapat dalam masyarakat pinggiran untuk membawa perubahan kepada pimpinan.

Mengikut Émile Durkheim, jenis-jenis perpaduan masyarakat itu seiringan dengan jenis masyarakat. Durkheim memperkenalkan istilah perpaduan mekanikal dan organiksebagai sebahagian daripada teorinya berkaitan pembangunan masyarakat dalam karyanya, The Division of Labour in Society (1893) (Pembahagian Tenaga Kerja dalam Masyarakat). Dalam sesuatu masyarakat yang mempamirkan perpaduan mekanikal, kejeleketan dan perpaduan datang daripada warga yang serupa – warganya berasa terkait melalui kerja, pendidikan dan latihan keagamaan, dan cara hidup. 
Perpaduan mekanikal terdapat dalam masyarakat yang "tradisional" dan masyarakat kecil.
Perpaduan organik pula muncul daripada pergantungan saling dalam kalangan ahli masyarakat. Keadaan saling bergantung ini pula muncul ekoran pengkhususan kerja dan warga masyarakat yang saling melengkapi, yakni perkembangan yang terdapat dalam masyarakat "moden" dan "industri".

No comments:

Post a Comment