Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
_____________________________________________________________________________________________
Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan
komputer merupakan satu P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan
komputer kepada murid-murid. Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa
Melayu yang dahulunya lebih kepada cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu
berbantukan komputer dapat menarik minat murid terutamanya dalam pengajaran
Kemahiran Bahasa.
Menentukan peringkat pengajaran
dan kemahiran bahasa
Sebelum membina bahan video dan audio dalam pengajaran
kemahiran bahasa Melayu, terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan.
Perancangan tersebut ialah berkaitan dengan:
(i) Penentuan
peringkat pengajaran
Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau
waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini
membantu guru dalam waktu yang sesuai penggunaan bahan video dan audio.
Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada tiga peringkat
iaitu:
Sekiranya penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal
ini akan menyukarkan guru dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan
di dalam kelas.
(ii) Kemahiran
Berbahasa
Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi
empat kemahiran dibawahnya iaiatu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan
menulis. Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu
mengambilkira kemhiran berbahasa ini sebelum membina bahan video dan audio. Hal
ini kerana sekiranya P&P pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa
contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebgai
bahan bantú mengajar pada hari itu kerana ianya tidak relevan.
Menentukan prinsip
pembinaan bahan video dan audio.
Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip
penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau
teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan
animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses
komunikasi menerusi penggunaan multimedia.
Prinsip pembinaan
bahan video dan audio:
Penggunaan elemen
teks
Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen
utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas
elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal
ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.
1.
Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi
padat.
2.
Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
3.
Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang
sesuai
4.
Pemilihan jenis tulisan dan warna teks
bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
5.
Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada
sistem komputer lain.
Penggunaan elemen
grafik dan visual
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan
visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi
dan sebagainya.
Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi
penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan
dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat,
tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian
pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.
Penggunaan elemen
audio
Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem
komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar.
Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui
penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu
boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih
mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk
pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan
motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap
apa yang ingin dipersembahkan.
Panduan meggunakan
elemen video
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan
paling dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video
berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat
dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.
Panduan menggunakan
elemen animasi
Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek
agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada
dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek
supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej
statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi
ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan
kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada
isi kandungan yang ingin disampaikan.
Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks
secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau
perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk
dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses
pemahaman mereka. Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan
persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana
persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan
ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.
Membina Bahan Video
Dan Audio
Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk
memebina bahan audio dan video. Antaranya ialah:
Membina bahan video
Langkah 1 & 2
Langkah 3
Langkah 4
Langkah 5
Membina bahan audio
Audio dibina menggunakan easy MP3 sound recorder.
Bahan audio ini hanya memerlukan rakaman dan direkod
melalaui perisian yang dipilih. Hasil rekod tersebut disimpan dan dinamakan
sebagai bahan audio untuk memudahkan pencarian bahan dilakukan nanti.
No comments:
Post a Comment